Tarikh Temuduga Pengambilan Guru One-Off SPP Bermula 8 September 2021



Berita baik bagi mereka yang tertunggu-tunggu bilakah temu duga pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off tahun 2021. 

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tarikh temuduga.


Tarikh Temu duga Pegawai Pendidikan Gred DG41

Melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa urusan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off tahun 2021 akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Secara berfasa bermula 8 September 2021

Urusan temu duga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP. Setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.


Temu Duga Fasa 1 Pegawai Pendidikan Gred DG41

Untuk pengetahuan semua temu duga bagi Fasa 1 boleh disemak di Portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen-opsyen berikut:

  1. Bahasa Cina
  2. Bahasa Semai
  3. Bahasa Iban
  4. Bahasa Kadazandusun
  5. Musik
  6. Tahfiz
  7. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  8. Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC)
  9. Pendidikan Khas (SJKC)
  10. Pendidikan Moral (SJKC)
  11. Musik (SJKC)
  12. Sejarah (SJKC)
  13. Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
  14. Matematik (SJKC)
  15. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada jawatan kosong ini
_________________________________________________________________________

Temu Duga Opsyen-Opsyen Lain

Temu duga bagi opsyen-opsyen lain pula akan dilaksanakan pada fasa-fasa seterusnya yang akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa melalui laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP.


 Maklumat Tambahan

SPP juga memberitahu bahawa pemakluman panggilan temu duga adalah hanya kepada calon yang layak sahaja.

Calon-calon yang memohon tetapi tidak melepasi tapisan tidak akan menerima sebarang pemakluman semasa proses semakan panggilan temu duga kelak.

Para calon yang memohon perlu untuk sentiasa bersedia dan melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini urusan temu duga pengambilan khas ini.

Kenyataaan Rasmi SPP




Tambahan

Sebarang pertanyaan lanjur anda boleh salurkan kepada Hotline mySPP bermula 7 Julai 2021.

Talian Hotline mySPP :

Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020

Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022