Tarikh Bayaran BKC Bermula 6 September 2021

 

Hari ini, 6 September 2021 ramai warga Malaysia telah menerima bantuan khas BKC. Ada yang terima RM500, RM250 dan RM200. Masing masing menerima jumlah bantuan mengikut kategori.



Bagi anda yang tertanya-tanya bilakah BKC akan dikreditkan, berikut adalah info terkini berkaitan pengkreditan BKC.

Untuk pengetahuan anda, tarikh pemberian BKC akan bermula 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. Berikut adalah kenyataan daripada YAB Perdana Menteri.



Jumlah Bantuan BKC

Jumlah bantuan BKC yang akan diberikan pada fasa 1 adalah seperti berikut:

Kategori Miskin Tegar

  1. Isi Rumah: RM500
  2. Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM200
  3. Bujang: RM200

Kategori B40

  1. Isi Rumah: RM500
  2. Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM200
  3. Bujang: RM200

Kategori M40

  1. Isi Rumah: RM250
  2. Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM100
  3. Bujang: RM100
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada jawatan kosong ini
_________________________________________________________________________


Cara Membuat Permohonan

Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia

Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021

M40: Percukaian (LHDNM)


Kaedah Pembayaran

Penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:

Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian


Maklumat Lanjut

Maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI.