[TERKINI]: Semakan Keputusan Rayuan & Tarikh Pembayaran BPR 2021


Mesti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan rayuan dan tarikh pembayaran bpr akan dibuat. Hal ini kerana permohonan rayuan yang telah dibuat pada Jun lalu sehingga kini masih tiada jawapan sama ada lulus ataupun tidak. Ramai yang lulus BPR fasa 1 namun gagal pada pembayaran fasa 2 atas sebab-sebab tertentu.


Tarikh Semakan Keputusan Rayuan BPR

Terkini: Semakan rayuan boleh dibuat bermula hari ini 18 September 2021

Bernama TV pada laporan mereka 6 September lepas menyatakan bahawa tarikh keputusan rayuan BPR adalah pada penghujung September ini. 

Namun begitu, tarikh sebenar yang tepat tidak disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar.

Beliau juga memaklumkan, "mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.



Maklumbalas yang diterima oleh pemohon yang telah membuat rayuan pada Jun lalu.



Tarikh Pembayaran BPR

Pembayaran BPR bagi yang membuat rayuan akan dibuat sejurus lepas tarikh semakan rayuan diumumkan. 

Kami dari Mingguan Kerja akan memberi info dari semasa ke semasa berkaitan rayuan BPR.


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________

Jumlah Bayaran BPR Sekiranya Lulus Rayuan

Berikut adalah jumlah bayaran yang anda akan dapat jika lulus rayuan BPR Fasa 2

Kategori Isi Rumah < RM2,500

  1. 0 -1  Anak: RM400
  2. 2 Anak ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah RM2,501 - RM4,000

  1. 0 -1 Anak: RM300
  2. 2 Anak ke atas: RM300

Kategori Isi Rumah RM4,001 - RM5,000

  1. 0 - 1 Anak: RM100
  2. 2 Anak ke atas: RM250

Bujang < RM2,500

  1. RM200


Maklumat penuh mengenai pembayaran BPR Fasa 2 anda boleh KLIK SINI


Semakan Status Kelulusan BPR

Semakan boleh dibuat di laman web BPR di pautan https://bpr.hasil.gov.my/


Kod Alasan Tidak Lulus Permohonan BPR

Kod alasan tidak lulus permohonan BPR anda boleh rujuk DI SINI


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan rayuan BPR, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di 

LHDNM: 1-800-88-2741 (Waktu Operasi 9:00 Pagi - 5:00 Petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 Pagi - 5:00 Petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM


SUMBER: Bantuanrakyat, BernamaTV