Permohonan Bantuan RM200 Sebulan B40 Tahun 2021

Oleh sebab itu, kerajaan telah menyediakan satu bantuan berbentuk latihan perintis yang bertujuan memberikan kemudahan kepada anak-anak daripada keluarga B40 untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.


Umum diketahui kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat ketika penularan wabak pandemik COVID-19.

Oleh sebab itu, kerajaan telah menyediakan satu bantuan berbentuk latihan perintis yang bertujuan memberikan kemudahan kepada anak-anak daripada keluarga B40 untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.


Jumlah Bantuan

Bantuan ini akan diberikan sebanyak RM200 sebulan kepada yang layak


Tujuan Bantuan

Berikut adalah tujuan utama dalam pemberian bantuan ini:

  1. Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penrima bantuan tercicir daripada pendidikan
  2. Bekas pelatih di institusi kebajijan untuk mendapatkan latihan kemahiran.


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat pemohonan:

  1. Merupakan Warganegara Malaysia
  2. Anak-anak yang menerima bantuan daripada institusi kebajikan
  3. Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat ataupun
  4. Mana-mana kes berkeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari laman web ebantuanjkm di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik pada "Daftar Permohonan Atas Talian"
  3. Lengkapkan maklumat-maklumat yang diminta.

Selepas membuat permohonan secara online:

  1. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat atas talian.

Bawa bersama dokumen di bawah:

  1. Salinan Mykad / Kad Pengenalan Pemohonan
  2. Salinan Mykad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Borang berkaitan

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan - KLIK SINI
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan - KLIK SINI


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di tempat anda membuat permohonan atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 - 8000 8000.