i-Saraan KWSP: Permohonan Caruman Bagi Surirumah & Individu Yang Berkerja Sendiri

Tahukah anda? Individu yang berkerja sendiri dan surirumah yang tidak berkerja boleh mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk simpanan di hari tua kelak.



Tahukah anda? Individu yang berkerja sendiri dan surirumah yang tidak berkerja boleh mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk simpanan di hari tua kelak.

Mencarum dengan KWSP mempunyai banyak manfaat kerana duit yang terkumpul boleh digunakan selepas berumur 50, 55 dan 60 tahun lebih-lebih lagi sekarang dividen yang diberikan setiap tahun adalah tinggi.


Bagaimana Hendak Bermula Mencarum?

Bagi yang pernah bekerja, anda boleh terus minta borang untuk mencarum sendiri. 

Manakala bagi yang belum mempunyai akaun KWSP, isi borang "create" akaun. Minta borang mencarum sendiri daripada pegawai bertuhas kemudian isi borang untuk mencarum sendiri. Anda akan diberikan satu salinan nombor akaun KWSP kepada anda. 


Cara Untuk Mencarum Secara Online

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat caruman secara online bagi Maybank:

  1. Buka Maybank2u
  2. Kemudian pilih investment
  3. Pilih EPF
  4. Pilih EPF Open Payment
  5. Pilih EPF Account Type (Self Contribution / 1Malaysia Contribution)
  6. Isikan butiran (nama / kad pengenalan / nombor KWSP / jumlah yang ingin disimpan). Minimum RM50 untuk tempoh maksimum 60 tahun.
  7. Request TAC no. untuk pengesahan bayaran. Jika sudah pernah mencarum, skrin Maybank2u akan keluarkan EPF Registered Payment.
  8. Tekan "Confirm" untuk print receipt.


Manfaat i-Saraan KWSP

Berikut adalah manfaat yang diberikan kepada yang mencarum i-Saraan KWSP:

  1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  2. Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  5. Bantuan kematian sebanyak RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_________________________________________________________________________

Senarai Golongan Yang Bekerja Sendiri

Berikut adalah golongan mereka yang dikategorikan sebagai bekerja sendiri:

  1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  2. Pengasuh bayi
  3. Ejen insurans dan hartanah
  4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan, deejay)
  5. Pemilik perniagaan dalam talian
  6. Pemilik perniagaan
  7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  8. Suri rumah
  9. Pekerja berpencen


Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon i-Saraan KWSP

  1. Warganegara Malaysia
  2. Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  3. Pencarum KWSP
  4. Berumur 55 tahun ke bawah.


Cara Membuat Permohonan i-Saraan KWSP

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan i-Saraan KWSP.

  1. Bawa dokumen berikut ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan:
  2. Kad Pengenalan
  3. Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja) KLIK SINI
  4. Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran) KLIK SINI
  5. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  6. Minimum pembayaran - tiada had
  7. Maksimum pembayaran - RM60,000 setahun untuk semua pencarum


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP di 

Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi: Isnin - Jumaat (8:00 Pagi - 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor




SUMBER: NiagaKini, MingguanWanita