BKC: Cara Tebus Nombor Baucar Di Bank


Untuk pengetahuan anda, nombor baucar ini untuk mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC. Terdapat penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan pengkreditan BKC serta terdapat penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun memiliki akaun bank.

Penebusan nombor baucar di bank merupakan satu cara untuk para penerima menebus Bantuan Khas Covid-19 (BKC). 

Oleh itu, kami dari Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda cara mudah untuk membuat penebusan nombor baucar.


Maklumat Penting Nombor Baucar/Siri BKC

Nombor baucar ini diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC atau tidak mempunyai akaun bank. 

Nombor baucar ini hanya boleh ditunaikan di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dan yang paling penting, anda perlu membawa kad pengenalan ketika ingin ke mana-mana cawangan BSN bagi menebus BKC.


Penebusan Baucar BKC Melalui Wakil

Penebusan Baucar BKC boleh dilakukan melalui wakil yang telah didaftarkan dengan membawa dokumen tertentu ke BSN, antara dokumen tersebut:

Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) penerima BKC

Kad pengenalan / pasport asal wakil

Dokumen pembuktian pertalian antara penerima BKC dan wakil (asal atau salinan)



Maklumat lanjut mengenai penebusan baucar melalui wakil, anda boleh KLIK SINI


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada jawatan kosong ini

_________________________________________________________________________

Cara Mudah Semak Nombor Baucar BKC

Buka laman web rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?

Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak

Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan

Pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian "No. Baucar" / Siri

No Baucar akan dipaparkan dan akan ditunjukkan kepada pegawai BSN ketika membuat penebusan.


Info Tambahan Baucar BKC

Penerima boleh terus hadir ke Kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat..

Paling penting sekali ketika membuat penebusan, bawa kad pengenalan dan nombor siri/baucar.


Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkenaan BKC, anda boleh rujuk portal rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx? atau menghubungi LHDNM di 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi - 5:00 Petang)