Permohonan Program Baik Pulih & Bina Baru Rumah 2021




Khas untuk orang awam di negeri Perak, Yayasan Perak ada menyediakan satu inisiatif di bawah Program Sayangi Rumahku yang bertujuan untuk membantu mereka bagi membaik pulih rumah atau bina rumah.

Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem eKasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


Kategori Program Sayangi Rumahku

Program Sayangi Rumahku mempunyai dua kategori iaitu baik pulih rumah dan bina baru rumah.

Baik pulih rumah akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah tetapi menghadapi masalah ekonomi dalam membaiki rumah mereka dan skop bantuan ini hanya melibatkan komponen asa rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.

Bina baru rumah akan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur , tidak selamat diduduki dan mereka mempunyai masalah dari aspek ekonomi.

Bantuan bina baru rumah terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:

Bina baru 1 bilik

Bina baru 2 bilik

Bina baru 3 bilik


____________________________________________________________________


Syarat Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berkahwin
  2. Pemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak
  3. Pemohon berdaftar di dalam eKasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung
  4. Status tanah kediaman pemohon mestilah mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru)
  5. Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
  6. Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di 

  1. Pejabat Yayasan Perak
  2. Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
  3. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  4. Pejabat Daerah  atau Pejabat Penghulu

Atau melalui muat turun borang - KLIK SINI 

2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul

3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada 

  1. Ketua Kampung
  2. Penghulu
  3. Ahli Parlimen / ADUN / Pemimpan Setempat

4. Kemudian hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

atau

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak

5. Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan
  3. Penyata pendapatan pemohon
  4. Penyata pendapatan pasangan / waris
  5. Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah
  6. Salinan kad pengenalan semua pemilik tanah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-246 0998.