Moratorium Automatik untuk B40, M40, T20 & PKS



Ramai tertanya-tanya tentang bantuan moratorium yang diumumkan melalui Pakej PEMERKASA PLUS baru-baru ini. Persoalan yang paling mendapat sambutan tentang golongan M40. Adakah golongan M40 layak untuk menerima bantuan moratorium ini?

Jika anda kehilangan pekerjaan, tidak kira anda M40 atau T20, anda layak untuk memohon moratorium di mana kelulusan adalah secara automatik. ⠀

Jika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan. ⠀

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang bantuan Bayaran Balik Pinjaman PEMERKASA PLUS.

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

  • Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik. Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20), golongan B40 (penerima BSH atau BPR), perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors) juga boleh memilih untuk mendapat moratorium automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik.
  • Bagi peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20),mereka boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian,selaras dengan pendapatan yang berkurang. 
  • Pendekatan ini membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀
Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada bank. Kelulusan adalah secara automatik. ⠀

Kategori Penerima

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia. terdapat dua kategori penerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

Kategori 1

  • Individu hilang pekerjaan (B40, M40, T20) 
  • Penerima BSH/BPR (B40)
  • PKS, perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP
  • Perusahaan Mikro - Kemudahan pinjaman dengan jumlah yang diluluskan hingga RM150,000 (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp)

Kategori 2

Individu M40 & T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun, komisen, bayaran lebih masa dan pendapatan isi rumah)

Kategori Bantuan

Kategori 1

Individu & perniagaan dalam kategori ini boleh memilih salah satu pakej bantuan di bawah mengikut kesesuaian:
  • Moratorium automatik selama 3 bulan
  • Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% untuk 6 bulan

Kategori 2

  • Pengurangan ansuran bulanan (selaras dengan pendapatan yang berkurang)


Cara Mohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

  1. Peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan yang dikehendaki.
  2. Selepas membuat pilihan pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari kalender untuk peminjam individu dan 14 hari kalender untuk peminjam PKS.
  3. Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh hubungi BNM TELELINK atau isikan borang untuk membuat aduan bnm.my/RAsurvey
  4. Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka seharusnya berbuat demikian kerana tindakan ini lebih baik disebabkan kos peminjaman keseluruhan dapat dikurangkan.

Tambahan: Bantuan bayaran balik pinjaman tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda.

Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi AKPK melalui https://services.akpk.org.my jika memerlukan panduan untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman, atau ingin mendapatkan pilihan alternatif bagi keadaan kewangan anda.

Maklumat Bantuan Bayaran Balik Pinjaman boleh rujuk Klik Sini