GKP 3.0: RM1,000 Secara One-Off






Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 telah diperkenalkan semula bagi menyokong sektor perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro tempatan. Ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung agar dapat membangunkan semula perniagaan.


BANTUAN GKP 3.0

Untuk pengetahuan anda, GKP 3.0 merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN GKP 3.0

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 - RM1,000 (one-off)
Lulus permohonan baru GKP 3.0 - RM1,000 (one-off)


TARIKH PEMBAYARAN GKP 3.0

Pemohon boleh melakukan semakan keputusan permohonan bermula pada awal bulan Jun 2021 melalui portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/. Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.


PERBEZAAN GKP TAMBAHAN DAN GKP 3.0




MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan persoalan berkaitan dengan GKP 3.0, anda boleh menghubungi Hasil Care LIne di talian 03-8911 100 / 603-8911 1100 (Luar Negara)