i-Sinar Mei 2021: Pembayaran Sehingga 11 Mei 2021!






Bermula 3 Mei 2021, pembayaran dan pengkreditan bagi i-Sinar KWSP telah dikreditkan ke akaun ahli mengikut batch. Justeru itu, anda bolehlah menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli)


Tarikh Dan Tempoh Pengkreditan i-Sinar

Bayaran i-Sinar telah dibuat sejak 3 Mei lagi dan akan dibayar secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.

Untuk pengetahuan anda, pengkreditan amaun ke akaun bank akan mengambil masa 1 - 5 hari masa bekerja dan ianya bergantung kepada prosedur bank anda.





Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.

1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri

4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.

5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my