Permohonan PISMP IPG Tahun 2021 Bagi Lepasan SPM 2020



Tahukah anda? Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru telah dibuka. Program ini adalah khusus bagi melatih pelapis baru yang akan menarajui bidang perguruan di Malaysia. Program ini penting sebagai pengkhususan bagi keperluan di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Terbuka kepada warganegara Malaysia, permohonan adalah secara dalam talian (online) melalui aplikasi 'Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Senarai lokasi serta alamat Institut Pendidikan Guru boleh dirujuk di IPGM (dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan).

Tarikh Permohonan PISMP Institut Pendidikan Guru 2021

  • Permohonan dibuka: 15 Mac 2021
  • Permohonan ditutup: 15 April 2021

Cara Mohon PISMP Institut Pendidikan Guru 2021

  1. Permohonan PISMP boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: http://pismp.moe.gov.my
  2. Permohonan akan melalui fasa tapisan berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah pun ditetapkan oleh KPM. Justeru, pemohon yang terpilih dikehendaki bagi menduduki dan LULUS sebuah Ujian Kelayakan Calong Guru (UKCG) sebelum dipanggil temuduga.
  3. Pemohon boleh mengemukakan satu (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  4. Pemohon hendaklah mengesahkan setelah selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
  5. Nombor rujukan hendaklah disimpan oleh pemohon kerana ianya penting untuk membuat semakan dimasa akan datang.
  6. Sila pastikan permohonan yang dibuat lengkap. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar dan tidak lengkap.

Syarat Kelayakan PISMP IPG

Berikut diberikan syarat-syarat kelayakan asas bagi permohonan tahun semasa secara online:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 jun 2001.
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A- . Dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut , iaitu
1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
3. Bahasa Inggeris

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan IPG 2021, sila hubungi alamat atau no. telefon berikut:

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan Usahawa 1
63000 Cyberjaya, selangor.
No, Telefon : 03-8312 6666 / 03- 8312670.

Soalan Lazim

  • Apakah itu Program PISMP IPG?
Program PISMP atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini dikhususkan bagi melatih bakal guru di lokasi IPG Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Apakah antara salah satu syarat kelayakan IPG?
1. Sihat tubuh badan
2. Warganegara Malaysia
3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

kredit: rakyatnews.my