eGUMIS: Semakan Dan Tuntutan Online Wang Tidak Dituntut (WTD) 2021





Tahukah anda jumlah wang tak dituntut (WTD) setakat Februari 2021 adalah RM9.4 bilion dan akan meningkat saban tahun. Jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak secara online sahaja. Oleh itu, kami dari mingguankerja ingin berkongsi cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntuan WTD secara online.

CARA MEMBUAT SEMAKAN WTD ONLINE

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik "Cetak" , jika perlu.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD

WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu:

Online

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Klik pada ruangan "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih "Teruskan Dengan Permohonan"

Langkah 4 : Klik pada "Tambah Penerima" untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian "Simpan".

Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori "MANDATORI"

Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan

Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

POS

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my
  • Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55 
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000


Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.