Bantuan Sehingga RM1,000 One-Off Kepada Yang Hilang Pendapatan ~ PEMERKASA 2021




Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) di mana golongan B40 yang kehilangan pendapatan akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM500. Bantuan ini bertujuan untuk memelihara kebajikan khususnya golongan yang hilang pekerjaan disebabkan wabak pandemik ini.


BANTUAN HILANG PEKERJAAN

Individu yang hilang pekerjaan atau pendapatan akibat wabak COVID-19, bantuan one-off sebanyak RM500 akan diberikan dan bayaran tambahan sebanyak RM500 lagi akan diberi jika tergolong dalam penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan kebawah.


SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur 21 tahun sehingga 60 tahun
  • Hilang pendapatan atau pekerjaan
  • Tergolong dalam B40

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Bantuan ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan dan pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO.


TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Bantuan ini dijangka akan dibayar kepada semua penerima bermula JUN 2021.


Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.


SUMBER: SINAR HARIAN