Tarikh & Maklumat Pindaan Amaun i-Sinar KWSP Mac 2021


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberikan kelulusan secara berperingkat dan bayaran telah pun dibuat bermula 2 Mac 2021 yang lalu.


Hal ini berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021.


Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. Oleh itu, KWSP menghargai kesabaran para ahli ketika proses ini sedang berjalan.

Sekiranya ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya.

Info Terkini Permohonan Baharu 

Ada beberapa maklumat terkini bagi mereka yang membuat permohonan baharu. 

  • Bagi permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.
  • Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
  • Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh untuk menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Kelonggaran Pindaan Amaun i-Sinar KWSP

Berita baik bagi mereka yang ternanti-nanti bagaimana dan bilakah untuk membuat pindaan amaun i-Sinar KWSP. Syukur KWSP mendengar rintihan dan keluhan para pemohon. Berikut dikongsikan maklumat terkini pindaan amaun i-Sinar KWSP:

  • Bermula 8 Mac 2021

Ahli diberi kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti:

  • Jumlah dipohon
  • Maklumat bank
  • Alamat
  • Nombor Telefon 
  • Mod Bayaran

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Dan Jadual Pembayaran Maksimum Selama Enam Bulan

Jumlah Pengeluaran i Sinar Serta Jadual Pembayaran Maksimum selama enam bulan akan kekal seperti sebelum ini iaitu:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.


Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.