(Rasmi) Tarikh Bayaran GKP Tambahan PERMAI ~ Cara Membuat Semakan Status Lulus

Berita baik untuk semua para pemohon Geran Khas Prihatin. Kerajaan akan mula menyalurkan bantuan kepada para pemohon bermula 25 Mac 2021.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan Geran Khas Prihatin ini.


Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Sebanyak RM883 juta bayaran GKP tambahan akan diberikan kepada 900,000 PKS Mikro bermula 25 Mac 2021 ini.

Apa Manfaat GKP Kepada Rakyat?

Tujuan GKP ini diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS Mikro.

Melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prohatin(GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 Serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

Tarikh Bayaran GKP Tambahan 

Semua PKS Mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan bermula 25 Mac 2021.

Bagaimana Cara Pembayaran Dilakukan?

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021.

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Cara Semakan GKP Tambahan

Semakan boleh dilakukan di https://gkp.hasil.gov.my.

Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan?

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk anda.