E-Filing LHDN 2021: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Yang Boleh Dituntut Terkini!


Tahukah anda, terdapat beberapa senarai pelepasan cukai pendapatan terkini yang boleh untuk dituntut? Menerusi laman facebook, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2020 yang boleh untut dituntut oleh pembayar cukai pendapatan.


Merujuk kepada senarai pelepasan cukai yang disediakan oleh pihak LHDN ini, anda boleh untuk membuat persediaan dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk pembayaran cukai bagi tahun taksiran 2020 ini.


Kami di Mingguankerja akan berkongsi kepada anda senarai pelepasan cukai pendapatan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai bagi tahun taksiran 2020.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2020.

Jangan lupa untuk semak senarai pelepasan cukai  taksiran 2020 seperti berikut:

1. RM9000 Individu

  • Diri sendiri dan saudara tanggungan

2. RM6000

  • Individu O.K.U

3. Pelepasan Ibu Bapa

  • RM5000 Perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa
  • RM3000 Pelepasan bagi ibu bapa

4. Peralatan Alat Sokongan Asas

  • RM6000 untuk peralatan alat sokongan asas individu, suami, isteri, anak, ibu bapa dan OKU.

5. RM7000 Yuran Pendidikan Diri Sendiri

6. RM6000 Untuk Perubatan

  • Perbelanjaan perubatan sakit yang sukar diubati (individu/suami/isteri/anak)
  • Pemeriksaan perubatan penuh (TERHAD RM500)
  • Perbelanjaan rawatan kesuburan

7. RM2500 Gaya Hidup

  • Pembelian bahan bacaan
  • Bayaran langganan internet
  • Pembelian peralatan sukan & bayaran gimnasium
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

8. RM8000 SSPN 

  • Tabungan Bersih

9. RM4000 Suami/Isteri/Alimoni Kepada Bekas Isteri

10. RM3500 Suami Isteri Kurang Upaya

11. Anak-Anak

  • RM2000 Anak berumur kurang daripada 18 tahun
  • RM2000 Anak berumur melebihi 18 tahun belum berkahwin dan belajar sepenuh masa
  • RM8000 Anak berumur lebih 18 tahun belum berkahwin dan masih belajar di IPT (Diploma dan ke atas)
  • RM6000 Anak kurang upaya
  • RM8000 Tambahan anak kurang upaya melebihi 18 tahun ke atas belum berkahwin dan masih belajar di IPT (Diploma dan ke atas)

12. RM1000 Pembelian Peralatan Penyusuan

  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Anak kurang daripada 2 tahun umur
  • Tuntutan dibuat sekali setiap dua tahun taksiran

13. RM3000 Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/ Tadika Berdaftar

  • Anak berumur 6 tahun dan ke bawah
  • Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri

14. RM7000 Insuran Nyawa & KWSP

Individu penjawat awam berpencen terhad RM7000 atau
Selain Penjawat Awam - Insurans Nyawa/Takaful Terhad RM3000 
                                      - Kswp/Skim yang diluluskan Terhad RM4000

15. RM1000 Perbelanjaan Melancong Dalam Negara

  • Penginapan di permis penginapan yang berdaftar
  • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong
  • Tempoh 1/3/2020 - 31/12/2020

16. RM3000 Insurans Perubatan Dan Pendidikan 

  • Individu/pasangan/anak

17. RM3000 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda

18. RM250 Perkeso

Senarai Rasmi Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat mengenai pelepasan cukai tahunan taksiran 2020 e-Filing anda boleh hubungi LHDN di seperti berikut:

No Telefon: 03 8911 1000

Sumber: edubestari.com