Semua Cawangan KWSP Seluruh Negara Kini Dibuka Bermula 8 Mac Untuk Berurusan ~ Dibuka Untuk Semua Jenis Perkhidmatan


Berita baik bagi semua pemohon KWSP yang ingin berurusan di cawangan KWSP bagi menguruskan permohonan i-Sinar, i-Lestari dan sebagainya. Ini berita terbaru yang dikeluarkan oleh KWSP tentang pembukaan semua cawangan KWSP seluruh negara.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini pembukaan cawangan KWSP seluruh negara.


SEMUA CAWANGAN KWSP SELURUH NEGARA KINI DIBUKA

Bermula hari ini, 8 Mac 2021, semua cawangan KWSP seluruh negara akan kembali beroperasi.

Waktu Operasi Kaunter & Kios 

Bermula dari jam 8.30 pagi - 4.00 petang.

Waktu Operasi ini dibuka untuk semua jenis perkhidmatan.

Jadi sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan dengan permohonan-permohonan anda, anda bolehlah mengunjungi kaunter cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda.

Membuat Janji Temu Sebelum Berurusan di Kaunter KWSP

Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama serta memastikan kelancaran urusan anda, sila buat Janji Temu Online (https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu) sebelum hadir ke mana-mana cawangan KWSP.


Kenyataan Rasmi Pembukaan Semua Cawangan KWSP


Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848