i-Sinar KWSP: Semakan Status Pindaan i-Sinar KWSP Bermula 18 Mac 2021



Melalui maklum balas e-mel KWSP kepada pemohon, semakan status bagi pindaan i-Sinar boleh dibuat bermula Khamis, 18 Mac 2021.


Berdasarkan pautan Frequently Asked Question FAQ i-Sinar yang telah dimuatnaik oleh pihak KWSP di laman rasmi mereka, dijangkakan kelulusan pindaan akan diketahui dalam tempoh 5 hari selepas tarikh permohonan dikemukakan.

Sesetengah pemohon dikhabarkan telahpun menerima bayaran, manakala sebahagian lagi masih menunggu keputusan status.

Berikut merupakan maklumat lanjut tentang semakan pindaan i Sinar untuk makluman bersama.

Cara Buat Semakan Status Pindaan i Sinar KWSP

Untuk membuat semakan status, sila rujuk langkah berikut:
  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan akan dipaparkan

Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun

  1. Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui apps tersebut.
  2. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
  3. Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  4. Semak bahagian WITHDRAWAL
  5. Klik WITHDRAWAL HISTORY
  6. Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran

Cara Semakan Bayaran Pindaan i Sinar Yang Diluluskan

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

Berdasarkan cara pembayaran kali pertama, bayaran bulanan seterusnya akan dibuat pada
  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.