Program Rebat Elektrik Percuma Setiap Bulan RM40 Seluruh Negara ~ Semak Kelayakan Anda



Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, terdapat satu program yang akan membantu meringankan beban anda dalam membayar bil elektrik.


Untuk makluman, Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah merupakan program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.


Penerima yang layak adalah ketua isi rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Untuk pengetahuan, Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga 2018.


PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40


Dengan pengenalan program baharu ini, rebat bil elektrik RM20 yang dibuka kepada semua pengguna domestik akan dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus miskin tegar dengan nilai rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dalam sistem eKasih ICU JPM.

Untuk makluman, bermula pada 2 Januari 2021 sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.

BANTUAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK


Melalui Program Rebat Bil Elektrik, pengguna yang layak akan menerima:

  • Bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.
  • Bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN

  • Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam sistem eKasih.
  • Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar)
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun dan;
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

SEMAKAN KELAYAKAN

Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat semakan di Portal keTSA melalui pautan berikut:


Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.

MAKLUMAT LANJUT


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline:

MyGCC : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111

Sumber : klik DI SINI dan salamkerjaya.com