Penguatkuasaan Terkini Terhadap Pengubahsuaian Tanpa Kebenaran Ekzos Motosikal

Penguatkuasaan terhadap pengubahsuaian tanpa kebenaran ekzos motosikal yang menyebabkan bunyi bising adalah dijalankan secara bersepadu dan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Tindakan ini diambil berikutan aduan awam yang diterima daripada masyarakat, mengenai isu ekzos motosikal yang membingitkan telinga.


Pendekatan Berbentuk Advokasi Dan Nasihat

Namun begitu, melalui kenyataan rasmi baharu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pihak JPJ akan mengambil pendekatan berbantuk advokasi dan nasihat sebelum membuat sebarang tindakan berbentuk punitif (penguatkuasaan undang-undang), diambil terhadap mana-mana pesalah.

Dua Pendekatan Tangani Isu Pengubahsuaian Tanpa Kebenaran Ekzos Motosikal

1. Pengeluaran Notis Temu Siasat

Pendekatan ini di bawah Seksyen 114 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ini bertujuan untuk siasatan dan pengumpulan maklumat (advokasi/nasihat).

2. Notis Larangan Penggunaan Kenderaan

Di bawah Seksyen 59(1) Notis (PG1) akta yang sama bagi tujuan penguatkuasaan.

Melalui Notis PG1, mana-mana penunggang/pemilik motorsikal yang didapati terlibat di dalam melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos tanpa kebenaran akan dilarang menggunakan motorsikal tersebut sehinggalah pembaikan terhadap ekzos dilakukan.

Penunggang/pemilik motosikal tersebut akan diberikan tempoh tujuh (7) hari untuk membaiki atau menukar ekzos tersebut kepada spesifikasi asal ekzos yang mematuhi pembuatan dan kegunaan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, motosikal itu hendaklah dikemukan/dibawa ke mana-mana pejabat JPJ bagi tujuan pemeriksaan sebagai pembuktian pembaikan terhadap ekzos tersebut telah dibuat dan mematuhi kaedah pembuatan dan kegunaannya.

Denda Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Tanpa Kebenaran

  • Kompaun tidak lebih RM300
  • Atau jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pesalah boleh didenda di bawah Seksyen 119, APJ 1987 . dan denda tidak lebih RM2000
  • Atau boleh dipenjara tidak lebih 6 Bulan.

Kenyataan Rasmi JPJ Berkaitan Isu Pengubahsuaian Ekzos Tanpa Kebenaran




Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.