PEMERKASA 2021: 20 Senarai Bantuan Untuk Membantu Rakyat & Ekonomi Negara



Kerajaan telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion untuk memperkasa ekonomi dalam norma baharu pasca wabak COVID-19. Menerusi 20 inisiatif strategik PEMERKASA, sasaran kerajaan adalah untuk merangsang pemulihan ekonomi, menyokong sektor perniagaan serta menyambung penyaluran bantuan dan subsidi bersasar.

PEMERKASA adalah program penyambung di antara langkah ke-5 (Memperkasa) dan ke-6 (Menyusun Semula) dalam Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R (Ketegasan, Ketahanan, Menjana Semula, Pemulihan, Memperkasa dan Menyusun Semula) yang mencerminkan kesediaan kerajaan secara jangka panjang dalam menangani pandemik dan memperkasa ekonomi negara.⠀


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang  PEMERKASA ini.

6R Strategi Pemulihan Ekonomi Negara


PEMERKASA berfokus kepada 6 prinsip untuk memperkasakan semula  rakyat dan juga ekonomi negara yang melibatkan 6R iaitu:

  • Resolve - Ketegasan
  • Resilient - Ketahanan
  • Restart - Memulakan Semula
  • Recovery - Pemulihan
  • Revitalise - Memperkasa
  • Reform - Menyusun Semula


5 Fokus Utama Menjadi Tunggak Pemulihan Ekonomi Negara


Antara fokus utama untuk pemulihan ekonomi negara ialah:

1. Mengawal Penularan COVID-19 

Membolehkan pembukaan ekonomi secara rancak

2. Memacu Pemulihan Ekonomi

Memelihara kebajikan rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas

3. Memperkukuh DayaSaing Negara

Melalui inisiatif pemantapan sistem penyampanan perkhidmatan awam dan meningkatkan kemahiran.

4. Memperkukuh Agenda Keterangkuman

Mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dan jurang ekonomi dalam masyarakat

5. Transformasi Ekonomi

Menerajui ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi

Senarai Belanjawan Mengikut Bantuan


  • Belanjawan 2021 - RM322.5 Bilion
  • Permai - RM15 Bilion
  • Prihatin - RM250 Bilion
  • Penjana - RM35 Bilion
  • Prihatin PKS - RM10 Bilion
  • Kita Prihatin - RM10 Bilion
  • Pemerkasa - RM20 Bilion

Senarai 20 Bantuan Bernilai RM20 Bilion


1. Mengawal Penularan COVID-19

  • Vaksin - RM 5 Bilion
  • Tiada lagi pelaksanaan PKP
  • Safe@Work (Insentif Cukai) RM286 juta

2. Memacu Pemulihan Ekonomi

  • Projek kecil - RM 2.5 Bilion
  • Geran Khas Prihatin - RM1.2 Bilion
  • Mikro Kredit - RM 1.5 Bilion
  • Subsidi upah dan insentif penggajian - RM1.1 Bilion
  • Pelancongan & Peruncitan - RM 920 Juta
  • Memperkasa Koperasi - RM 70 Juta

3. Memperkukuh DayaSaing Negara

  • Automasi & digitalisasi - RM1 Billion
  • Prihatin - RM2 Bilion
  • Galakan pelaburan dan eksport - RM145 Juta
  • Sukuk Lestari - USD1 bilion

4. Memastikan Agenda Keterangkuman

  • Bantuan kehilangan pendapatan -RM350 juta
  • Bantuan tambahan - RM850 juta
  • Bantuan rentan bandar - RM200 juta
  • Prihatin Wanita - RM90 Juta
  • Prihatin OKU - RM71 Juta
  • Prihatin Belia - RM376 Juta
  • Subsidi minyak - RM3 Bilion


4 Komitmen Kerajaan Melalui Inisiatif Dan Program - Program PEMERKASA

  • Program imunisasi COVID-19 selesai lebih awal iaitu Disember 2021
  • Melonjak pertumbuhan ekonomi dengan sektor ekonomi bergerak semula
  • PKPD secara lebih bersasar
  • Penguatkuasaan pematuhan SOP dipertingkatkan.

Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk anda.