PEMERKASA 2021: Senarai 20 Bantuan yang Boleh Dipohon


Kerajaan mengumumkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi dikenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bagi membantu rakyat mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pemerkasa membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.

“Pemerkasa akan menumpukan 20 inisiatif strategi bagi melonjak pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor terjejas,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

Senarai 20 Bantuan Pemerkasa Kerajaan


Kerajaan setuju beri potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 kepada pengilang, syarikat perkhidmatan berkaitan pengilangan sewa premis, asrama pekerja.

Kerajaan bersetuju menambah peruntukan projek berskala kecil tahun 2021 kepada RM5 bilion daripada RM2.5 bilion.


Majikan laksana ujian pengesanan COVID-19 untuk pekerja dibenar buat potongan cukai tambahan.

Geran Khas Prihatin 3.0 diteruskan untuk bantu perniagaan beroperasi semula. Ia akan bermula pada 1 April 2021. Perusahaan mikro dan PKS yang layak di bawah GKP 3.0 akan terima bantuan one-off RM1,000.

Motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc kebawah dapat pengecualian 100 duti eksais bermula 1 April.

Program Penjana Kerjaya 2.0 akan ditambah baik dengan perluas skop insentif pengambilan pekerja.

Lebih RM14.4 bilion telah disalurkan untuk biaya program subsidi upah sehingga 5 Mac 2021.


Kerajaan peruntuk RM700 juta bagi Program Subsidi Upah 3.0 secara bersasar.

Fi penyenaraian dikecualikan 12 bulan untuk penyenaraian di pasaran Utama, LEAP atau ACE.

Had pengumpulan dana akan dinaikkan kepada RM20 juta dari RM10 juta serta Equity Crowdfunding akan diperluaskan kepada syarikat berhad yang tidak tersenarai.

SSM setuju nilai ambang keberhutangan atau indebtedness threshold dinaikkan kepada RM50,000 dari RM10,000 SSM juga memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan

Kerajaan telah meluluskan geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit.

Bantuan tunai one-off RM600 kepada pengusaha homestay yang daftar dengan MOTAC.

Geran Bantuan Khas one-off RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan berdaftar dengan MOTAC

Perkhidmatan 5G dijangka operasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini SKMM peruntuk RM3.2 bilion bagi naik taraf stesen pemancar, sediakan capaian gentian optik SKMM perkenal program MyBAIKHATI sebagai inisiatif crowdsourcing peranti.

Kerajaan akan menaikkan siling Geran Pembangunan Pasaran/MDG kepada RM500 ribu daripada RM300 ribu bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa Geran padanan bernilai RM50 juta akan disediakan untuk membangunkan industri aeroangkasa & peranti perubatan.

Kerajaan akan melancarkan Sukuk Lestari berjumlah tidak kurang dari US$1 bilion untuk membiayai program dan projek yang mempunyai elemen kelestarian di samping menangani kesan sosio-ekonomi akibat wabak COVID-19.

Kerajaan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk bantuan kehilangan pendapatan.

Bantuan tunai one-off RM500 kepada B40 yang hilang pendapatan.

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu RM300 untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

RM30 juta bagi luaskan perkhidmatan klinik bergerak ke seluruh negara.

Golongan B40 yang dikuarantin di rumah kerana COVID-19 layak terima RM50 sehari

BSN sedia RM50 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA beri galakan wanita ceburi perniagaan RM10 juta dana padanan 70% bagi usahawan wanita dan wanita bekerja sendiri di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO

Had kelayakan gaji maksimum bagi Elaun Bantuan Pekerja Cacat dinaikkan RM1,500 daripada RM1,200 sebulan, manfaat 5,000 OKU Daftar dan perbaharui SSM percuma untuk OKU galak mereka ceburi bidang perniagaan.

Kerajaan naikkan nilai kredit RM150 daripada RM100 melalui program eBelia.

Kerajaan tanggung jumlah subsidi RM3 bilion dengan penetapan harga siling runcit RON95 dan diesel bagi lindung pengguna daripada kenaikan harga petrol Subsidi hampir 50 peratus ke atas harga LPG 14kg akan diteruskan untuk membantu isi rumah Malaysia.

New Gen Entrepreneur Online Bootcamp diperkenal bimbing 2,000 usahawan belia berniaga dalam talian Kerajaan perkenal Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA bantu mereka ceburi bidang perniagaan.

Sumber: gengborak.com, bernama & sinarharian