Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Seterusnya Bulan April 2021 ~ Semak Tarikh Pembayaran Anda!
Pasti ramai daripada pemohon i-Sinar tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran seterusnya untuk i-Sinar KWSP. Ramai juga pemohon yang keliru kenapa bulan Mac pembayaran tidak dilakukan ke dalam akaun mereka.
Untuk makluman anda, pembayaran i-Sinar kategori 1 sebelum ini untk bulan Mac telah pun diawalkan dan dibayar pada bulan Februari yang lalu.
Disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac, maka tiada pembayaran dilaksanakan pada bulan Mac bagi memberi kemudahan kepada KWSP untuk mengubah sistem yang baharu untuk permohonan i-sinar tanpa syarat,
Kami kongsikan kepada anda bilakan pembayaran seterusnya akan dilakukan.
Tarikh Pembayaran Seterusnya i-Sinar KWSP
Melalui i-Akaun beberapa para pemohon, menunjukkan tarikh seterusnya pembayaran akan diteruskan:
- Pembayaran seterusnya akan dibuat bermula 1 April 2021
- Pembayaran dilakukan mengikut batch dan kumpulan.
- Sekiranya anda penerima batch 1, anda akan terima bayaran april pada 1 April, manakala bagi batch seterusnya adalah mengikut batch masing-masing.
- Pembayaran ini hanya melibatkan mereka para pemohon yang membuat permohonan pada Januari 2021.
- Tidak terpakai untuk permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu.