Cara Isi Online Maklumat Imunisasi Untuk Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023



Untuk mengisi pendaftaran murid tahun 1 secara online, ada beberapa perkara penting yang para ibu bapa perlu tahu.Contohnya seperti mengisi borang maklumat imunisasi untuk anak-anak anda.


Kami kongsikan kepada anda maklumat-maklumat penting imunisasi pendaftaran tahun 1.

Maklumat Imunisasi Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023


Para ibu bapa perlu cakna dan faham bahawa nama suntikan berbeza dengan borang online dengan di dalam buku. 

Mungkin ada diantara para ibu bapa yang keliru apa sebenarnya dimaksudkan dengan suntikan DTaP.

Suntikan DTaP sebenarnya suntikan yang terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu
  • Difteria
  • Tetanus
  • Perfussis

Cuma apabila anda mengisi borang, suntikan ini diceraikan satu-satu.

10 Jenis Suntikan Yang Lain Perlu Anda Tahu

Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul.

1. BCG
2. Hepatitis B
3. Difteria (dalam buku tulis DTaP)
4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP)
5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP)
6. Haemophilis Influenza (Hib)
7. Polio (IPV)
8. Measles
9. Mumps
10. Rubella

Contoh Jenis Suntikan Dan Cara Mengisi Borang Online


Maklumat Tambahan


 Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
- Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning)

 Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
- Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).

 Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
- Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para ibu bapa mengisi maklumat imunisasi anak-anak anda. 

Kredit: harianpost.my