COVID-19: Kadar Kompaun Terkini Kesalahan Melanggar SOP Mengikut 3 Kategori Kesalahan




Baru-baru ini kerajaan ada berkongsi kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang dikompaun akibat melanggar dan tidak mengikuti SOP COVID-19.


Namun begitu, masih ramai lagi masyarakat kita yang keliru dengan nilai dan kadar pengurangan kompaun bagi beberapa jenis kesalahan ini.


Justeru, kami kongsikan kepada anda 3 jenis kategori kesalahan dan kadar kompaun yang dikenakan kepada pesalah laku ini.

NILAI DAN KADAR PENGURANGAN KOMPAUN KESALAHAN


Nilai dan kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kategori 1

Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi atau memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti pada skala yang besar.

Kesalahan Individu: RM5,000
Kesalahan Perbadanan: RM 25,000

Kategori 2

Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi namun tidak memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti

Kesalahan Individu: RM3,000 - RM4,000
Kesalahan Perbadanan: RM 20,000

Kategori 3

Kesalahan menyebabkan risiko penularan jangkitan COVID-19 yang rendah dan tiada kesan langsung kepada penularan dalam komuniti.

Kesalahan Individu: RM1,500 - RM2,000
Kesalahan Perbadanan: RM 10,000

Tiada pengurangan kompaun diberikan jika individu terbabit melakukan kesalahan yang berulang.

INFOGRAFIK KADAR PENGURANGAN KOMPAUN TERKINI



KADAR PENGURANGAN KOMPAUN

  • 1-7 hari dari tarikh kompaun: 50%
  • 8-14 hari dari tarikh kompaun: 25%
  • Lebih 14 hari dari tarikh kompaun: Tiada Pengurangan Kompaun
Semoga semua rakyat Malaysia akan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan terus menjaga kesalamatan dan kesihatan masing-masing. Kita teruskan perlawanan melawan COVID-19 ini sampai ke penghujungnya.