Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 Dan 2023 KPM Secara Online ~ Mudah dan Cepat!


Bagi ibu bapa dan para penjaga yang ingin mendaftarkan anak mereka untuk masuk Darjah 1 tahun hadapan. anda boleh untuk membuat pendaftaran sekolah secara online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Mac 2021 ini.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara pendaftaran.



Syarat Pendaftaran

  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017.

Dua Cara Permohonan Tahun 1

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Online

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online  melalui laman web SPS KPM bermula 1 Mac 2021.

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 Dan 2023 Secara Online

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu Sistem SPS (Modul Pengurusan Murid untuk memudahkan permohonan ke tahun 1.

Justeru para ibu bapa atau penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sedniri jika belum mempunyai akaun atau log ke akaun sendiri sekiranya sudah mempunyai akaun.

Ibu bapa boleh meneruskan proses pendaftaran secara atas talian sekiranya sudah mempunyai akaun sendiri.

Langkah Pendaftaran Tahun 1 Secara Online.

1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/

2. Tekan butang Pengguna Baru

3. Daftar Pengguna dan tekan Daftar

4. Isi maklumat yang diperlukan

5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1

6. Seterusnya, pilih Permohonan Baharu

7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan

8. Sila isikan:

  • Maklumat Murid
  • Maklumat Kesihatan

9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya

10. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan 'Ya' pada ruangan status OKU pada Maklumat Murid, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam maklumat permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.

11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.

12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan

13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepata pada menu Perakuan dan klik Perakuan Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

14. Status permohonan murid akan dipaparkan.

15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Ikuti Perkongsian Cara Mendaftar Dengan Mudah Berikut

1. DAFTAR PENGGUNA SPATKPM











2. PROSES PERMOHONAN PENDAFTARAN DARJAH 1












3. PROSES SEMAKAN





Maklumat Tambahan




Untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan dengan pendaftaran akaun, pilihan sekolah anda boleh untuk menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri masing-masing di pautan berikut https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Sumber: harianpost.my