MKN Batal Syarat 30 Peratus Kehadiran Pekerja Ke Pejabat Bermula 1 April



Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membatalkan syarat pematuhan 30% kehadiran pekerja di pejabat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa esok, 1 April 2021.


Pembatalan syarat itu berikutan cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memberi peluang kepada pihak pengurusan serta penyelia sesebuah syarikat beroperasi pada tahap maksimum - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Syarikat Perkilangan Sukar Dilaksanakan 


Antara sebab keputusan itu ialah arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara meluas

Selain itu, operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan serta penyelia dan pada masa yang sama, mereka dikehendaki bekerja secara serentak.

Kapasiti Kehadiran Kakitangan Perkhidmatan Awam Dan Sektor Swasta


Bagi kakitangan perkhidmatan awam, kapasti kehadiran kakitangan di pejabat tertakluk kepada pekeliling dan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala sektor swasta dibenarkan kehadiran kakitangan 100% di pejabat bagi bahagian pengurusan, penyelia, operasi serta sokongan.



Sumber: bernama