Permohonan Bantuan Tab Percuma Keluarga B40 ~ Khas Untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah 2021

Para ibu bapa pastinya risau tentang pembelajaran secara atas talian yang dijalani oleh anak-anak mereka. Apa tidaknya, untuk melakukan kelas atas talian memerlukan peralatan gadjet seperti handphone ataupun tab bagi memudahkan pembelajaran. 


Berita baik untuk keluara yang tergolong dalam golongan B40 dan pemohon BPN kerana anda boleh untuk meminta bantuan tablet android 2021 untuk anak-anak anda.


Kami kongsikan maklumat terkini dan cara untuk memohon tablet percuma 2021 ini.

Siapa Yang Beri Bantuan Tablet Percuma 2021?

Untuk pengetahuan semua, bantuan tablet android percuma ini merupakan inisiatif bantuan Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Port Dickson bagi membantu para pelajar agar tidak keciciran serta ketinggalan dalam mendapatkan akses pendidikan ketika sesi pembelajaran daripada rumah secara atas talian.

Melalui bantuan ini, sekiranya anda melepasi syarat kelayakan, anda akan menerima Android Tab atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Ini?

  • Darjah 1 sehingga Darjah 6
  • Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Terbuka kepada keluarga warga/ penduduk/ pengundi di Port Dickson
  • Pendapatan keluarga di bawah B40 dan merupakan pemohon BPN
  • Mempunyai asas dalam penggunaan komputer atau internet

Cara Memohon

Bantuan peranti ini adalah sangat terhad. Justeru itu semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak saja.

Berikut merupakan cara untuk memohon secara online:



1. Pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online - Mohon DI SINI

2. Pilih sama ada anda adalah merupakan penerima BPN atau tidak dan klik 'next'

3. Sila lengkapkan maklumat murid dan klik 'next'

4. Lengkapkan maklumat keluarga dan klik 'submit'

5. Permohonan anda telah berjaya dihantar.