Dividen TH 2021: Tabung Haji Umumkan Agihan Keuntungan 3.10 Peratus Tahun 2020 ~ Cara Pengiraan Agihan Keuntungan


Berita baik untuk para pendeposit Tabung Haji. Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan  berakhir 31 Disember 2020 dengan jumlah pembayaran Sebanyak RM 2.24 billion.


Kami kongsikan maklumat terkini agihan keuntungan kepada anda. 


Tarikh Semak Agihan Keuntungan

Anda boleh untuk menyemak agihan keuntungan yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021

Cara Semak Agihan Keuntungan Tabung Haji

Anda boleh menyemak akaun anda menggunakan aplikasi THIJARI, Kaunterh Tabung Haji, Bank Islam dan Bank Rakyat.

Selain itu anda juga boleh menyemak melalui saluran elektronik bank raka Sstrategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.



Agihan Keuntungan Tabung Haji (TH) 2020

  • Agihan Keuntungan Tabung Haji 2020 - 3.10%
  • Jumlah Agihan - RM2.24 Billion

Tabung Haji telah membayar zakat bagi pihak pendeposit ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan




PENGIRAAN AGIHAN KEUNTUNGAN

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

  • Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Soal Lazim Agihan Keuntungan 

1. Berapakah kadar agihan keuntungan bagi tahun 2020?

Kadar agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2020 adalah 3.10% berbanding 3.05% bagi tahun kewangan 2019.

2. Berapakah jumlah keseluruhan agihan keuntungan kepada pendeposit bagi tahun 2020?

Agihan Keuntungan selepas zakat kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2020 adalah berjumlah RM2.24 bilion, iaitu RM103 juta (5%) lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion bagi tahun kewangan 2019. Agihan bagi tahun 2020 akan memberi manfaat kepada kira-kira sembilan (9) juta pendeposit TH. Agihan keuntungan ini adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

3. Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

4. Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2020?

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

5. Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2020 adalah layak.

6. Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan?
  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan
diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995). Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

7. Bagaimanakah agihan keuntungan dibayar kepada pendeposit?

Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan. Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup dalam tahun 2021 (sebelum 3 Mac 2021) pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan.

8. Bilakah agihan keuntungan tahun 2020 boleh disemak oleh pendeposit?

Agihan Keuntungan boleh disemak mulai pukul 12 tengahari, 3 Mac 2021. Baki simpanan terkini boleh disemak di:
kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
laman sesawang www.thijari.com.my

Portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB

9. Bagaimanakan pendeposit boleh membuat pengeluaran wang simpanan di TH?

Pendeposit boleh membuat pengeluaran wang simpanan TH di kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat Malaysia. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 pula hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat TH dan di cawangan-cawangan TH melalui pindahan telegrafik.

10. Mengapa agihan keuntungan tahun 2020 lebih tinggi berbanding tahun 2019?

Agihan keuntungan yang lebih baik ini adalah hasil prestasi dan kedudukan kewangan TH yang semakin baik, dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah.

TH telah merekodkan keuntungan bersih selepas zakat (belum diaudit) sebanyak RM2.23 bilion iaitu peningkatan 22% atau sebanyak RM397 juta berbanding tahun lalu.

11. Bagaimana perbandingan kadar agihan keuntungan TH tahun 2020 dengan dana/institusi lain?

TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam menyimpan wang bagi menunaikan haji. Matlamat ini mempengaruhi cara TH merangka strategi pelaburan, tahap risiko dan tahap kecairan yang akan menentukan kadar pulangan yang diperolehi.

Institusi pelaburan yang lain mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan ini akan mendorong mereka untuk mempunyai strategi pelaburan, tahap risiko dan tahap kecairan yang berlainan juga.

Ini bermakna kadar agihan keuntungan TH tidak boleh dibandingkan secara saksama dengan
institusi pelaburan yang lain kerana tujuan penubuhan yang berbeza.

Oleh yang demikian, adalah wajar kadar agihan keuntungan TH dibandingkan dengan kadar
ditawarkan oleh deposit simpanan perbankan Islam lain.

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan oleh yang demikian pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima.

12. Adakah kadar agihan keuntungan akan berubah mengikut keuntungan TH pada tahun-tahun berikutnya?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH
tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan agihan keuntungan Tabung Haji 2020 anda boleh layari pautan tabunghaji.gov.my