Cara Mudah Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP ~ Pembetulan Jumlah Amaun Pengeluaran

Kepada semua pemohon i-Sinar dan ahli-ahli KWSP, sekiranya anda tersilap untuk meletakkan amaun pengeluaran i-Sinar untuk bulan pertama dan seterusnya, anda sebenarnya masih boleh untuk membetulkan jumlah amaun pengeluaran anda.


Mungkin ada di antara anda yang tersilap dan tergesa-gesa sewaktu mengisi permohonan i-Sinar sehingga menyebabkan amaun yang diletakkan berbeza dan tersilap.


Jangan risau dan jangan runsing pening kepala. Setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Kami kongsikan kepada anda dua cara mudah untuk anda membuat pembetulan semula jumlah amaun permohonan anda!

Cara Membuat Permohonan Pembetulan i-Sinar KWSP Online

Cara membuat pindaan amaun dan kemaskini maklumat permohonan menggunakan i-Sinar online adalah seperti berikut:

  • 1. Klik tab 'Semak Status Permohonan' di i-Sinar Online.
  • 2. Pilih 'Kemas Kini Permohonan' untuk meminda maklumat seperti amaun permohonan, alamat surat menyurat dan nombor akaun bank.

Cara Membuat Permohonan Melalui Borang Permohonan Pindaan i-Sinar  Secara Manual

Panduan ini merupakan perkongsian oleh saudara Douglas Gerunsin di Facebooknya.

Anda boleh terus ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.

Antara beberapa salinan dokumen yang perlu anda bawa seperti:

  • 1. Salinan Kad Pengenalan
  • 2. Salinan Akaun Bank
  • 3. Nombor Akaun Ahli KWSP

Anda tidak perlu beratur untuk membuat temujanji. Anda hanya perlu terus ke kaunter dan minta borang amaun i-Sinar daripada petugas KWSP. 

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my