Polis Berhak Menahan Atau Menangkap Individu Yang gagal Membawa Kad Pengenalan Diri Ketika Diperiksa



Tahukah anda bahawa Polis berhak untuk menangkap individu yang gagal mengemukakan pengenalan diri ketika diperiksa? Hal ini dijelaskan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan medianya.


Sekiranya anda keluar rumah tanpa membawa ic anda, polis memang berhak untuk menahan anda mengikut akta undang-undang yang telahpun ditetapkan dan sedia ada.


Hukuman Undang-Undang Sekiranya Tidak Membawa IC

Kegagalan mana-mana individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa oleh pihak polis adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990

Oleh itu, mereka yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri boleh ditangkap tanpa waran mengikut peraturan yang sama.

Hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka ialah penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan Media Timbalan Ketua Polis Negara




Wajib Membawa IC Ketika Keluar Rumah


Justeru itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa membawa dokumen pengenalan diri sebagaimana peruntukan yang telah ditetapkan mengikut Peraturan 6 PPPN 1990.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya memberikan kerjasama kepada pihak polis semasa pemeriksaan dijalankan.