i-Sinar KWSP: Tarikh Semakan Status Lulus i-Sinar Kategori 2



Pemohon-pemohon i-Sinar kategori 1 pastinya tidak sabar untuk menunggu bayaran bagi bulan Februari ini. Boleh semak tarikh bayaran di artikel baca: semakan bayaran i sinar bulan 2


Begitu juga dengan pemohon-pemohon i-Sinar kategori 2 yang tertunggu-tunggu bilakah semakan kelulusan i-Sinar Kategori 2. Bagi anda yang  tidak lulus permohonan i-Sinar kategori 1, anda boleh untuk membuat permohonan i-Sinar kategori 2. Kami kongsikan cara permohonan i-Sinar kategori 2 di artikel baca: Cara Mohon i-Sinar Kategori 2.

Berita baik untuk anda para pemohon i-Sinar kategori 2! Menerusi satu perbualan bersama dengan Elya (Beta Version) di Live Chat KWSP, ada berkongsi kepada kita tentang tarikh semakan status lulus permohonan i-Sinar kategori 2.

Status Semakan Kelulusan i-Sinar Kategori 2

Bagi pemohon yang sudah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan seperti berikut:

  • Semakan status kategori 2 boleh dilakukan bermula 8 Februari 2021

Diingatkan sekali lagi, para pemohon boleh untuk membuat semakan bermula 8 Februari 2021.



Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  • Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.