BPR: Jadual Operasi Kaunter BPR Cawangan Seluruh Negeri LHDNM 2021

Pasti ramai pemohon yang ingin ke kaunter LHDNM bagi menguruskan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) masing-masing.


Kami kongsikan kepada anda jadual pembukaan Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 di setiap cawangan negeri Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM.


Jadual Operasi Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 LHDNM


Untuk pengetahuan anda, kaunter BPR tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri.

Manakala bagi cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang tidak beroperasi seperti tarikh di atas, nosti pemakluman akan dipamerkan di premis berkenaan.

Masa pembukaan kaunter BPR di UTC adalah bergantung kepada waktu operasi UTC di sesuatu tempat.

Permohonan BPR di cawangan LHDNM

  • Sebelum menghadirkan diri ke LHDNM, jika anda ingin membuat permohonan BPR, hendaklah memuat  turun terlebih dahulu Borang Permohonan BPR, lengkapkan segala maklumat dan seterusnya hadir ke LHDNM.
  • Sekirany terdapat dokumen yang anda ingin serahkan, sila muat turun Borang Serahan Dokumen BPR 2021 BK-04[1/2021]
  • Kemudian serahkan borang kepada pegawai kaunter LHDN
  • Permohonan selesai

Cara Mudah Kemaskini BPR di Cawangan LHDNM

  • Sekiranya anda penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, anda hanya perlu untuk membuat kemaskini jika ada sebarang perubahan maklumat.
  • Sila muat turun Borang Permohonan BPR, kemudian tanda kategori 2 iaitu kemaskini maklumat.
  • Jika ada dokumen yang perlu untuk diserahkan, sila muat turun Borang Serahan Dokumen BPR 2021 BK-04 [1/2021]
  • Serahkan borang kepada pegawai di kaunter LHDN
  • Permohonan kemaskini anda selesai

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan anda bolehlah terus email ke bpr@treasury.gov.my atau layari laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my.

Sumber: Semakankerjaya.com