Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April Yang Diawalkan ~ Semak Tarikh Terkini Pembayaran


Bagi anda pemohon i-Lestari, terdapat sedikit perubahan pembayaran yang dikongsikan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Perubahan ini adalah berkaitan dengan pembayaran bagi bulan Mac dan April. Untuk pengetahuan semua, pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan.


Kenapa i-Lestari Dikreditkan Awal?

Namun begitu, disebabkan kriteria i-Sinar yang telah pun dimansuhkan dengan tanpa syarat, jadual pembayaran i-Lestari untuk Bulan Mac dan April ini juga telah berubah.

Pembayaran bagi bulan Mac ini diawalkan kepada 19 Februari lalu.


Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April


Perubahan Tarikh Pembayaran

Jika dilihat kepada jadual, pembayaran bulan Februari sepatutnya telah bermula pada tarikh 2- 15 Februari yang lalu.

Pembayaran i-Lestari pula untuk bulan 3 sepatutnya bermula pada 1-10 Mac 2021.

Namun demikian, disebabkan perubahan tarikh pembayaran yang dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari bulan Mac akan bermula pada tarikh berikut:

  • 19 Februari 2021
  • Penerima akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu Pembayaran bagi bulan Februari dan Mac
  • Jika anda batch pertama i-Lestari, anda akan menerima bayaran pada 19 Februari dan seterusnya mengikut batch masing-masing.

Adakah Pembayaran i-Lestari Bulan April Juga Diawalkan?

Ya, pembayaran i-Lestari bulan April yang dijadualkan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.


CARA SEMAK BAKI & TRANSAKSI BAYARAN I-LESTARI KWSP

Bagi Ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut:
  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

  • Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.