i-Sinar: Syarat Kelayakan i-Sinar KWSP dari Simpanan Akaun 1 Akan Dimansuhkan

Berita baik untuk semua pemohon dan pencarum KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses untuk memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar. Hal ini berikutan nasihat Perdana Menteri yang mengambil kira maklum balas pihak awam.


Pemansuhan syarat bagi kemudahn i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari  simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia.


Manakala bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa seperti kategori 1 dan kategori 2, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Jumlah Pengeluaran dari Akaun 1 Serta Jadual Pembayaran Maksimum Selama Enam Bulan

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100.000 dan ke bawah, mereka bolkeh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran ini akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100.000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara beperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Kenyataan Media Menteri Kewangan Pemansuhan Syarat i-Sinar KWSP



Maklumat Tambahan

Berikutan perubahan yang dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini. 

Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.