GKP 2.0: Semakan Status & Tarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0


Berita baik bagi mereka pemohon GKP 2.0, anda boleh untuk membuat semakan keputusan rayuan GKP 2.0 bermula hari ini 4 Februari 2021 di laman https://gkp.hasil.gov.my.


Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi permohonan yang sudah diluluskan, pembayaran akan dibuat bermula esok iaitu 5 Februari 2021.


Kami kongsikan kepada anda kenyataan media Menteri Kewangan Kementerian Kewangan Malaysia.


Kenyataan Media Keputusan Rayuan GKP 2.0



Cara Semakan Status Rayuan GKP 2.0

Kami kongsikan kepada anda cara membuat semakan online.

1. Layari portal rasmi GKP melalui pautan https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.

2. Klik Log Masuk

3. Masukkan Id Pengguna

4. Klik butang Semak

5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan tengok paparan seperti Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan

6. Status Permohonan dan kelulusan anda juga akan dipaparkan.

7. Maklumat pembayaran juga akan dipaparkan sama ada Berjaya Dikreditkan atau Gagal.

Tarikh Bayaran

Pemohon yang diluluskan permohonannya, pembayaran akan dibuat bermula esok 5 Februari 2021.

Jumlah Bayaran

Sama seperti GKP 1.0 iaitu sebanyak RM3,000 secara one-off.

Syarat-Syarat Kelayakan GKP 2.0 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan LHDNM, SSM atau PBT sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Maklumat Tambahan

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau layari web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM di gkp.hasil.gov.my