BPR: Awas! Penipuan Khidmat Pengisian Borang Permohonan BPR! - LHDNM

Satu kenyataan media rasmi telah dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berkenaan aduan tentang khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).


Kami kongsikan kepada anda kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM.


Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Adalah Percuma

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ada menerima aduan berkenaan kewujudan pihak-pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang diamanahkan untuk mengelola bantuan khas kerajaan ini, LHDNM ingin menegaskan bahawa permohonan BPR ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada setiap pemohon.
  • LHDNM juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR tersebut.
  • Setiap permohonan yang diterima sama ada secara dalam talian mahu pun secara borang kertas akan disemak mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan tiada keistimewaan tertentu yang akan diberikan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:



Sumber: FB LHDNM