3 Jenis Pemohon Yang Layak Menerima Pembayaran BPR Secara Tunai Di Bank ~ Ketahui Cara-Cara Pembayaran Tunai



Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 1 telah pun bermula secara rasminya pada 24 Februari 2021 (Rabu). Terdapat beberapa bank yang telah pun dikreditkan pembayarannya.


Namun begitu, ada beberapa perkara yang para pemohon perlu tahu. Pembayaran BPR Fasa 1 ini akan dilakukan secara beperingkat-peringkat mengikut tarikh dan akaun bank masing-masing. Oleh itu para pemohon hendaklah kerap untuk membuat semakan maklumat pembayaran di laman rasmi BPR.


Ada beberapa persoalan berkaitan dengan pembayaran secara tunai yang menjadi tanda tanya dalam kalangan para pemohon. Contohnya siapakah yang layak untuk menerima pembayaran BPR secara tunai?

Di sini kami kongsikan maklumat pembayaran secara tunai.

Tarikh Pembayaran BPR Secara Tunai

Secara rasminya pembayaran secara tunai telah bermula pada:

  • 25 Februari 2021 (Khamis)

Siapa Yang Layak Menerima Pembayaran Secara Tunai?

Untuk makluman para pemohon, BPR secara tunai adalah kepada mereka yang lulus seperti:

  • Tidak mempunyai Akaun Bank
  • Akaun Bank pemohon tidak aktif
  • Gagal kredit dan sebagainya

Oleh itu, para pemohon perlu untuk membuat semakan terlebih dahulu di laman web rasmi untuk mengetahui kaedah pembayaran yang bakal mereka terima. 

Diingatkan sekali lagi, hanya penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akaun bank yang tidak aktif dan gagal kredit sahaja yang akan terima bayaran secara tunai.

Cara Dan Kaedah Pembayaran Secara Tunai

Para penerima perlu hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kawasan anda bersama dengan:

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Nombor Baucar BPR Fasa 1

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR Fasa 1. 

Anda tidak boleh untuk meminta orang lain untuk mengambil atau mewakilkan orang lain untuk  untuk menunaikan pembayaran BPR Fasa 1.

Kenyataan Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 BSN


Maklumat Tambahan


Untuk Keterangan Lanjut, sila hubungi Pusat Pelanggan BSN melalui 1-300-99-1900.