Bayaran 'One Off' RM500 Untuk Pesara, Bekas Polis dan Petugas Polis ~ Bermula Mac 2021


Bermula Mac sehingga November 2021, seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off).


Pembayaran ini akan dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.


Kenyatan Media Bayaran 'One Off' RM500 



Kemaskini Maklumat Pesara Polis Dan Dokumen Yang Diperlukan

Bagi pesara dan bekas polis, mereka perlu kemas kini maklumat mereka.

Para pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti yang disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilang 7 Tahun 2018 seperti:

Pesara Polis

  • Salinan kad pengenalan awam
  • Salinan kad pesara polis/kad pesara JPA
  • Salinan akaun bank/salinan penyata bank

Bekas Polis/Petugas Polis

  • Salinan kad pengenalan awam
  • Salinan dokumen pengesahan perkhidmatan
  • Salinan akaun bank/salinan penyata bank

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian Hotline 03-22664011/ 4012/4013/4014/4015. Bilik Gerakan ePESARA PDRM sentiasa beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari bekerja.