Permohonan Bantuan Awal Persekolahan RM100 Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Tahukah anda? Bermula tahun 2012 setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah serta sekolah menengah dari tahun 1 sehingga Tingkatan 5.


Pelajar yang layak memohon adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah kasar RM3,000.00 dan ke bawah.


Kami kongsikan  maklumat lanjut berkaitan bantuan ini.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga terutamanya pada awal tahun.

Jumlah Bantuan Setiap Tahun

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara (one-off)

Sekiranya anda mempunyai anak sebanyak 5 orang anak dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, maka anda akan menerima sebanyak RM500 bagi 5 orang anak.

Syarat Kelayakan

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara Memohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Untuk pengetahuan para ibu bapa, mereka tidak perlu untuk membuat permohonan kerana pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan.

Murid yang layak akan menerima borang dan ibu bapa perlu isi. Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima atau tunai.

Contoh Borang Permohonan BAP 


Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Maklumat Tambahan

Sekiranya ibu bapa merasakan anak mereka layak untuk menerima bantuan tetapi tiada alam senarai, boleh merujuk kepada pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.

Maklumat mengenai bantuan boleh rujuk web moe.gov.my