3 Pengumuman Penting i-Sinar Kategori 2 Wajib Anda Tahu! ~ Permohonan Diluluskan Secara Automatik Bermula 8 Mac

Ramai masih yang keliru dengan pembayaran i-Sinar kategori 1 dan i-Sinar kategori 2. Untuk pengetahuan semua, hari ini adalah pembayaran bagi i-Sinar kategori 1 untuk bulan Mac.


 Pembayaran ini dilakukan awal bagi memberi ruang kepada permohonan i-Sinar tanpa syarat Kategori 2 untuk diluluskan.


Justeru itu, bagi sesiapa yang tertanya-tanya bilakah kelulusan permohonan i-Sinar Kategori 2 boleh disemak, kami kongsikan beberapa maklumat penting i-Sinar kategori 2 kepada anda.

Diharapkan para pemohon semua dapat bersabar dan menunggu keputusan penuh pengeluaran daripada KWSP. Namun demikian kami kongsikan 3 perkara penting i-Sinar kategori 2 yang wajib anda tahu!

3 Pengumuman Penting i-Sinar Kategori 2 Wajib Anda Tahu!

1. Semakan status pembayaran dan status kelulusan i-Sinar dipermudahkan bermula 8 Mac 2021


2. Permohonan tanpa kriteria bermula pada 8 Mac 2021 ini.

  •  Permohonan Ini terbuka kepada ahli KWSP. 
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai baki akaun 1 minimum RM150.00

3. Tiada lagi bayaran interim bermula 8 Mac 2021 bagi pemohon i-Sinar Kategori 2


Permohonan Akan Diberi Kelulusan Automatik Pada 8 Mac 2021

Ada beberapa situasi yang akan diberikan kelulusan secara automatik pada 8 Mac ini. Antaranya:

A) Ahli yang telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021.

  • Telah menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonannya sedang diproses

B) Ahli yang telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021.

  • Tidak menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonan: Dokumen sokongan diperlukan
Semua situasi ini permohonannya akan diluluskan oleh KWSP secara automatik! Syukur. Jadi jangan risau dan panik. Harap semua pemohon dapat bersabar menantikan keputusan penuh daripada KWSP. 

Bagimana Dengan Ahli Belum Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 2?


Permohonan baharu boleh dibuat bermula 8 Mac 2021. Permohonan akan diberikan kelulusan automatik!



Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.