UPU Online: Cara Permohonan UPU Online Sesi 2021/2022 ~ Bagi Pelajar Lepasan SPM, STPM dan Setaraf


Kepada pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf, kini anda boleh untuk membuat permohonan UPU secara online bagi sesi 2021/2022

Berbeza dengan tahun sebelumnya, UPU Online tahun 2021 ini, permohonannya dibuka lebih awal. Berbeza dengan tahun lepas, permohonannya dibuka pada bulan Mac sehingga April.

Kami kongsikan kepada anda borang kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan juga ILKA. Anda yang berkelayakan bolehlah mengisi borang permohonan ini secara atas talian.

Namun demikian, permohonan dibuka awal bertujuan untuk pendaftaran awal bagi mereka yang berminat untuk memasuki Universiti/Matrikulasi/IPG/Politeknik dan sebagainya. 

Kami di MingguanKerja ingin berkongsi kepada anda maklumat mengenai Permohonan UPU Online ini seperti cara membuat permohonan, cara pembelian no pin dan juga tarikh-tarikh penting permohonan yang anda perlu ketahui. 

Panduan Memilih Program
  • Melepasi syarat am & syarat khas program institusi/agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi.
Tarikh Penting Permohonan UPU 2021
Pastikan anda tidak terlepas akan tarikh-tarikh ini:
  • Permohonan UPU 2021: 4 Januari 2021
  • Tarikh tutup : 31 Mac 2021
  • Pengisian pilihan program: 16 Mac 2021
  • Pembelian no unik ID: Februari 2021
Cara Permohonan UPU 2021/2022 Secara online
Untuk permulaan, anda sebagai pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi dan tidak memerlukan no UNIK ID sekiranya ingin mendaftar.

Maknanya, anda cuma perlu daftar dan login terlebih dahulu. Oleh itu sepanjang tempoh pendaftaran sebelum adanya No Unik ID UPU, anda boleh untuk membuat semakan program yang ditawarkan.

Berikut kami kongsikan cara daftar akaun UPU 2021/2022

Ini bermaksud anda cuma perlu daftar dan login. Sepanjang tempoh ini, anda dibenarkan untuk membuat semakan program yang ditawarkan.

  • Kemudian, Klik Daftar Akaun:
  • Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, kemudian klik daftar. Selepas mendaftar, jangan lupa login terlebih dahulu untuk aktifkan akaun anda dengan klik Log Masuk.

Manual Daftar Pengguna: Pelajar SPM dan STPM/Setaraf

Manual Pengguna: Lepasan SPM
Manual Pengguna: Lepasan STPM dan Setaraf

15 Panduan Permohonan UPU
  1. Pembelian Unik ID UPU Online. Sila pilih kategori yang betul.
  2. Layari portal rasmi UPU Online.
  3. Pastikan kategori yang betul.
  4. Semak syarat kelayakan disini.
  5. Kira merit disini.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan UPUOnline disini.
  9. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang "SIMPAN".
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan upu 2021 dibuka?
4 Januari 2021

Bilakah tarikh tutup permohonan?
31 Mac 2021.

Bilakah no unik pin ID boleh dibeli?
Bermula Februari 2021.

Bolehkah menggunakan keputusan percubaan SPM/STAM?
Boleh. Ianya boleh digunakan untuk membuat permohonan online.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda untuk mendaftarkan UPU secara atas talian. 

Post a Comment

0 Comments