Ingin Menyimpan Duit Setiap Kali Gaji? ~ Kami Kongsikan Tips Menyimpan Duit 2021


Anda ingin membuat simpanan kewangan tabung anda? Tapi anda tidak tahu bagaimana cara hendak anda mulakan? Nah, anda sebenarnya berada di landasan yang betul untuk anda mulakan simpanan kewangan anda. 

Bermula hari ini, jom bersama-sama kita bermuhasabah diri untuk membuat simpanan kewangan sendiri di rumah. 

Kami kongsikan tips simpanan kewangan ini, supaya anda dapat merasakan sendiri nikmat tabungan anda.


1. Simpan RM1 Setiap Hari

Setiap hari masukkan RM1 ke dlm tabung anda. Sekiranya anda konsisten menyimpan RM1 setiap hari, anda akan mendapat amaun total sebanyak  RM 365setahun namun jika  digenapkan akan menjadiRM400

2. Simpan RM5 Setiap  Minggu 

Simpan RM5 setiap minggu sebanyak 2 keping. Jadi secara totalnya digenapkan selama setahun akan jadi RM500.


3. Simpan RM10 Setiap Minggu

Jika anda menyimpan RM10 setiap minggu 2 keping, maka total setahun jika digenapkan  sebanyak RM1000.

4. Simpan RM20 Setiap Bulan

Simpan RM20 setiap bulan sebanyak 2 keping. Justeru, total setahun  jika digenapkan akan mendapat RM500.

5. Simpan RM50 Setiap Bulan Genap

Simpan RM50 ikut bulan genap seperti Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, dan Disember. Total setahun anda akan dapat RM300.

6. Simpan RM100 Setiap Bulan Ganjil

Simpan RM100 ikut bulan ganjil contohnya, Januari, Mac, Mei, Julai, September, November. Total setahun  anda akan dapatRM600.

Kesimpulannya, jumlah keseluruhan setahun  anda boleh dapatkan sebanyak RM3,300 simpanan tabungan kewangan anda.

Anda bolehlah reward diri anda di hujung tahun dengan melancong atau memberi barangan keperluan yang anda inginkan.  

Selamat mencuba tips simpanan kewangan ini!

Kredit: Fb viral media johor