TAB Percuma: Ebit Lew Sediakan No Telefon Bagi Pelajar Memerlukan


Beberapa minit yang lepas, sebuah foto yang dimuatnaik oleh pendakwah terkenal di Malaysia, Ust Ebit Lew mula tular yang menunjukkan sekitar 100 Tab jenis Samsung Galaxy Tab A ingin diberikan kepada pelajar yang memerlukan.

Majoriti Pelajar Belajar Secara ODL

Ketika wabak pandemik Covid-19 di Malaysia masih lagi belum menunjukkan tanda untuk berakhir, kerajaan mengekalkan kaedah pembelajaran secara ODL (Open & Distance Learning) kepada majoriti pelajar di seluruh negara.

Tidak Semua Pelajar Mampu

Namun, tidak semua pelajar berkemampuan untuk mengakses pembelajaran atas talian ini. Selain tidak memiliki gajet dan peralatan yang baik, had capaian internet juga menjadi penghalang segelintir pelajar di negara ini. Bukankah ini merupakan masalah serius yang perlu dititikberatkan?

Ebit Lew Sediakan Nombor Telefon

Justeru, dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran ODL yang stabil, Ust Ebit Lew ingin menyumbang sekitar 100 Tab percuma bagi pelajar yang benar benar memerlukan.

Melalui hantaran Facebook Ust Ebit Lew, beliau menyediakan nombor 0175870294 untuk dihubungi mereka yang memerlukan Tab percuma tersebut.


Tahukah anda? Kerajaan ada menyediakan permohonan telefon pintar percuma bagi golongan B40. Program bantuan ini dijayakan oleh YTL Foundation sejak tahun lepas. Sila rujuk artikel Semakan dan Permohonan Online Telefon Pintar Percuma Tahun 2021