PTPTN: Cara Mudah Penangguhan Bayaran PTPTN (Januari Sehingga Mac)




Perdana Menteri baru-baru ini ada mengumumkan dalam Pakej Bantuan Khas tentang penangguhan PTPTN. Penangguhan ini berlangsung daripada bulan Januari sehingga bulan Mac.

Bagi anda yang ingin membuat penangguhan PTPTN, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat penangguhan PTPTN.

Cara Untuk Mendapatkan Nombor Pinjaman PTPTN

  1. Login https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
  2. Masukkan no kad pengenalan dan tekan "search", lepas no kad pengenalan dah dikenalpasti kita kena tekan "Semak".
  3. *Bila dah ke laman seterusnya dia akan suruh kita utk isi kad pengenalan dan kata laluan jadi jika anda x pernah daftar tekan dkt kotak permohonan kali pertama
  4. Jadi bila tekan kat atas tu hampa isi la maklumat dari step 1 smpai 3
  5. Selepas  dah dpt isi semua tu kita akan dpt pasword daripada email (PTPTN yg email) copy paste je pasword tersebut.
  6. Kemudian tekan log in, masukkan no ic dan pasword yg ptptn email tu ok.
  7. Ok dh log in tu dkt tepi tu tekan "PENYATA BAKI"
  8. Ok dkt penyata baki tu anda scroll bawah sikit ada tulisan warna biru tulis "no pinjaman" kemudian klik laa situ, akan keluar no pinjaman anda.
  9. ok dah dpt no pinjaman, seterusnya beralih ke fasa "Isi Penangguhan PTPTN seperti berikut.

Infografik Tentang Cara Penangguhan PTPTN






Cara Isi Penangguhan PTPTN
  • Tekan link https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik/ kemudian isi no kad pengenalan dan no pinjaman.
  • Isi dan follow ja step disuruh tu
  • Untuk yg tak bekerja @ diberhentikan kerja @ isi ja kerja sendiri mudah supaya dia x suruh isi alamat majikan dan menyulitkan kita kan isi yg bertanda * shaja baca elok2 dan tick. ok done submit.
  • Akhir sekali, 30 minit@ sejam dia akan hantar email sama ada berjaya atau tak.
Sekiranya anda tidak berjaya cari nombor pinjaman, anda bolehlah telefon terus HQ PTPTN untuk dapatkan nombor pinjaman anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk membuat pembayaran semula ptptn.

Kredit: fb Nor Nadzirah