Whatsapp Dihack Oleh Scammer? Ini penjelasan tentang isu Whatsapp yang viral di Facebook!

Tular di media sosial hari ini tentang aplikasi whatssap yang dikatakan telah dihack oleh scammer? Ramai orang yang risau dengan data telefon bimbit mahupun bank mereka. 


Ada individu yang mengatakan bahawa update ini merupakan cara baru untuk scammer mendapatkan maklumat peribadi anda seperti nombor TAC  dan maklumat peribadi yang lain. 


Anda tidak perlu panik dan risau  dengan benda yang viral ini. Kekal tenang di posisi,  Akaun anda tidak kenak hack pun oleh scammer. 

Kami kongsikan kepada anda penjelasan tentang isu ini

Penjelasan Update Daripada Developer Rasmi Whatssap

Sebenarnya, pihak whatssap telah mengumumkan bahawa sememangnya pihak mereka ada membuat penambahbaikan iaitu update  pada aplikasi tersebut, jadi bukannya tentang soal scammer masuk ke whatssap anda.

Untuk pengetahuan anda, scammer sebenarnya tidak boleh untuk mendapatkan data personal anda hanya dengan perbuataan anda click pada status whatssap. Notifikasi berwarna biru yang anda tengok di story whatssap bukanlah daripada scammer atau hacker, tapi daripada pihak Whatsaap itu sendiri.

Sebenarnya developer rasmi whatsapp ingin memberitahu kepada para penggunanya bahawa update ini bertujuan untuk menjaga privasi para penggunanya. 








Isu Penjelasan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC Tentang Penipuan Melalui Akaun  Whatssapp

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula  hanya ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun whatssap pengguna agar tidak menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak whatssap.

Jadi, berkaitan dengan pihak Whatsapp yang update aplikasi dan peringatan MCMC tentang penipuan melalui akaun whatsapp adalah dua isu yang berbeza. 

Pihak whatsapp ingin update keselamatan dan privasi penggunanya, Manakala pihak MCMC berkongsi maklumat kepada orang ramai supaya berhati hati dengan scammer. Kami kongsikan kenyataan media rasmi pihak MCMC. 




Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua!