[Terkini] Pendaftaran Vaksin COVID19 Akan Dibuka


Menurut Menteri Kesihatan, YB Dato Sri Dr Adham Baba, pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin COVID-10 di negara Malaysia akan dibuka tidak lama lagi.

Bercakap ketika menjadi tetamu program Bicara DR di RTM malam tadi, Dr Adham berkata, kerajaan mensasarkan memberi vaksin kepada 70% populasi atau 23 juta orang bagi membentuk imuniti berkelompok.

3 Fasa Pelan Imunisasi Covid-19 


Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa:

Fasa 1 - barisan hadapan
Fasa 2 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Fasa 3 - orang awam berumur 18 tahun ke atas.


Dr Adham Baba berkata, vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari ini, telah diberi kelulusan bersyarat oleh NPRA.

Selain Malaysia, 49 buah negara lain juga telah memberi kelulusan malah ada negara telah pun mengguna vaksin itu, katanya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

4 Matlamat Imunisasi Covid-19


Dr Adham berkata, 4 matlamat imunisasi COVID-19 iaitu:
1. Melindungi barisan hadapan
2. Mengurangkan kematian
3. Membentuk imuniti berkelompok
4. Memutuskan rantaian jangkitan

Mengenai penerimaan rakyat terhadap vaksin COVID-19, beliau berkata, tinjauan KKM mendapati sebahagian besar rakyat setuju.

Tinjauan dalam talian pada 21 Dis -28 Dis 2020 itu disertai 212,000 responden.
1. 67% setuju (90% yakin vaksin berkesan)
2. 17% tidak pasti
3. 16% tidak setuju.

Bagi 17% yang tidak pasti itu pula kerana risau kesan sampingan dan keberkesanan vaksin.
KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat, katanya.

32 Juta Orang di Seluruh Dunia Disuntik Vaksin Covid-19 Setakat 13 Januari Ini

"Setakat 13 Jan, kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia telah disuntik vaksin COVID-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia.

"Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mempratikkan norma baharu," katanya.


Soal Jawab tentang Vaksin COVID19

Maklumat yang sahih dan terkini oleh KKM tentang vaksin COVID19 di Malaysia.

Soal Jawab Vaksin COVID19 - Klik Di Sini

Sumber: KKM