Keliru BPR Perlu Kemaskini Ataupun Tidak? Ini Penjelasan LHDN Tentang Isu Ini

Semenjak permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dibuka pada januari lalu, masih ada pemohon yang mengalami masalah dalam membuat permohonan baharu dan kemaskini permohonan. 


Namun begitu, ramai pemohon di media sosial yang tertanya-tanya tentang persoalan adakah mereka perlu untuk mengemaskini permohonan BPR jika mereka tiada sebarang perubahan maklumat? Kami kongsikan kepada anda penjelasan daripada pihak LHDN berkaitan dengan isu ini.


Golongan Yang Perlu Kemaskini Permohonan BPR

Ada segelintir golongan yang sebenarnya perlu untuk mengemaskini permohonan BPR mereka. Hal ini bertujuan untuk memastikan maklumat mereka adalah terkini dan sahih untuk bantuan diberikan kepada mereka. 

Antara golongan yang perlu mengemaskini permohonan ialah:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 
  • Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Apa Maklumat Yang Perlu Dikemaskini?

Sebenarnya, maklumat pemohon yang pernah menerima BSH dan BPN 2.0 telah pun didaftarkan. Namun demikian, sekiranya anda mempunyai perubahan dalam maklumat permohonan anda, anda perlu kemaskini permohonan BPR untuk daftar maklumat terkini. Berikut beberapa maklumat yang anda perlu kemaskini sekiranya mempunyai perubahan.

  • Nombor akaun bank terkini
  • Nombor telefon terkini
  • Maklumat anak terkini
  • Status perkahwinan terkini

Saya tiada perubahan maklumat permohonan, perlu ke saya kemaskini BPR saya?

Adakah anda ingin menggunakan maklumat permohonan lama seperti bantuan BSH dan BPN 2.0 kerana tiada  sebarang perubahan? Keliru? Sama ada ingin kemaskini permohonan BPR atau pun tidak? Ini penjelasan pihak LHDN yang ramai tidak tahu. 



Tidak Perlu Kemaskini Permohonan Sekiranya Tiada Perubahan Maklumat

Anda tidak perlu kemaskini permohonan sekiranya tiada perubahan yang anda ingin lakukan. Permohonan yang tidak dikemaskini di portal BPR 2021 akan diproses berdasarkan maklumat yang sedia ada. Justeru, tindakan yang perlu anda lakukan adalah untuk membuat pengesahan semula maklumat dengan melihat kembali permohonan anda. Jika tiada perubahan, InShaAllah LHDN akan proses permohonan BPR anda. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.