Jadual Gaji Penjawat Awam Tahun 2021



Setiap tahun, setiap Kementerian dan Jabatan di seluruh negara akan diberikan tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM). Hal ini penting dalam memastikan pengurusan dan operasi kewangan berjalan lancar seiring dengan penetapan jadual tersebut.

Apakah perbezaan bagi pembayaran gaji pekerja di sektor awam dan swasta? Bagi pekerja di sektor awam, penetapan tarikh jadual gaji adalah sama di seluruh negara. Berbeza pula bagi pekerja di sektor swasta, jadual atau tarikh bayaran gaji adalah tertakluk kepada majikan masing-masing.

Jadual gaji wajar disediakan oleh setiap jabatan atau majikan agar para pekerja lebih arif dalam merancang perbelanjaan, aliran kewangan serta simpanan yang efisyen.

Sekiranya anda merupakan penjawat awam di mana mana jabatan atau kementerian, anda berada di tempat yang betul. Pada artikel kali ini, Mingguan Kerja akan berkongsikan kepada anda jadual yang memaparkan tarikh bagi pembayaran gaji penjawat awam Tahun 2021.

Jadual Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

Maklumat berikut merupakan jadual yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM).



Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan informasi yang jelas kepada anda agar dapat mengatur rancangan kewangan yang terbaik pada masa akan datang. Pada era pandemik Covid-19 ini, pengurusan kewangan sangat penting dalam memastikan perbelanjaan serta simpanan anda sentiasa kukuh dan stabil.