Pembayaran i-Sinar ~ Ada yang terima RM5,000 dan RM10,000. Tapi ramai masih tidak puas hati


Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.

KEPUTUSAN SEMAKAN I-SINAR

Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.

Bagi @puterirajaawan, dia melahirkan rasa syukur selepas permohonannya diluluskan dan meminta orang ramai untuk memeriksa status mereka.

“Alhamdulilah, guys you can now check your i-Sinar application already (kamu semua sudah boleh semak permohonan i-Sinar),” ciapnya.

RAMAI YANG MASIH TIDAK PUAS HATI

Sementara itu, dapatan di kumpulan kumpulan media sosial terutamanya Facebook mendapati masih ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan i-Sinar Kategori 1 ini.






KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. 

Sumber : K! ONLINE